Wednesday 12 December 2012

Rahsia Daun Sirih



SIRIH


Tahukah anda kegunaan daun sirih ? Sirih banyak kegunaannya……….Mari kita mengenali sirih
                                
Ada beberapa jenis sirih yang dikenal di dalam masyarakat. Misalnya, sirih jawa (daun lebih lembut, kurang tajam, hijau rumput), sirih belanda (daun besar, hijau tuam rasa dan bau tajam dan pedas), sirih cengkeh (kecil, daun kuning, rasa seperti cengkeh), sirih kuning, dan sirih hitam. Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae.
Sirih sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Di antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati. Pokok sirih adalah sejenis pepohon yang menjalar dan memanjat pada batang pokok sekelilingnya atau kayu junjung. Bentuk daunnya agak bujur [bujur sirih]. Daun-daun sirih yang subur berukuran antara 8sm. – 12sm. lebar dan 10sm. – 15sm. panjang. Sireh sesuai hidup dengan ditanam di atas tanah gembur yang tidak terlalu lembab. Ianya juga sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang. Zat aktif yang terkandung pada sirih boleh merangsang saraf pusat, merangsang daya fikir dan meredakan sifat mendengkur. Daun sirih dapat mencegah kekejangan, , pereda kejang pada otot dan pelindung hati. Sirih juga diketahui boleh mengatasi batuk, , menghilangkan bau badan, mengubati luka bakar, bisul, mata gatal dan merah, dan gatal-gatal, menghentikan pendarahan gusi, , menghilangkan bau mulut dan jerawat.                            



Jenis-jenis Ayat

1.      Ayat Penyata
·       Ayat yang mengandungi pernyataan tentang sesuatu, yang diucapkan dengan tujuan untuk memberitahu tentang sesuatu perkara.
Contoh ayat : Daun sirih banyak kegunaannya.


2.      Ayat Perintah
·       Ayat yang mengandungi sesuatu arahan, yang 
    diujarkan dengan tujuan untuk menggerakkan
    seseorang untuk bertindak atau melakukan sesuatu.

Contoh ayat  : Tolong belikan daun sirih di kedai Linggam.

3.     Ayat Tanya
·       Ayat yang mendukung maksud pertanyaan iaitu ayat yang menghendaki pendengar memberi jawapan.

Contoh ayat  :  Apakah khasiat daun sirih ?


4.     Ayat Seru
·       Ayat yang mengandungi pernyataan atau pelahiran sesuatu perasaan seperti marah, sakit , sedih dan sebagainya.
         
Contoh ayat :  Wah, luasnya ladang sirih ayah kamu !



Bina ayat dengan kata kerja yang diberikan bagi menunjukkan
 cara-cara daun sirih diproses untuk merawat pendarahan hidung.

Kakak memetik beberapa helai daun sirih .

 






Kemudian, kakak melayur daun sirih itu di atas api lilin.

 





Selepas itu, kakak menggulung daun sirih tersebut.
 





Kakak memasukkan daun sirih yang telah digulung itu ke dalam lubang hidung abang.


 














Bina ayat dengan kata kerja yang diberikan bagi menunjukkan
 cara-cara daun sirih diproses untuk merawat penyakit batuk.


Ibu memetik beberapa helai daun sirih untuk dibuat jus sirih
 














Selepas itu, ibu mengisar daun sirih sehingga halus.
 












Kemudian, ibu menapis dan menuang jus sirih ke dalam teko.
 








Ayah minum jus sirih untuk merawat penyakit batuk.
 

Wednesday 5 December 2012

Rahsia Mengkudu


Keajaiban Alam
Mengkudu

              
Nama botani:  citrifolia Linn.
Nama lain:   Noni, Indian mulberry, Painkiller (Inggeris),  Pace, Cangkudu (Indonesia), Yo ban (Thai), Nhau (Vietnameses)
Famili: Rubiaceae                            

Pengenalan
Mengkudu ialah tanaman bersifat saka berasal dari Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Tumbuh secara liar berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang mendapat perhatian semasa itu. Kebanyakannya terdapat di kawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan perparitan dan sungai. Tanaman ini mempunyai batang pokok yang lurus, berdaun lebar, bunga berwarna putih, buah berbentuk bujur dan bertukar dari hijau ke putih kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan. 
Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang 10 m. Dua spesies tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda citrifolia (mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda elliptica(mengkudu kecil atau mengkudu hutan). Terdapat variasi yang ketara dari segi saiz dan bentuk buah.

Khasiat dan Kegunaan
Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu. ‘Penemuan semula’ dan minat masyarakat umum  terhadap tanaman ‘ajaib’ ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii.
Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang.
Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan  biopestisid.



Lengkapkan maklumat berikut.


















1.Nama saintifik : _____________________

2.Ciri-ciri fizikal mengkudu :

a) pokok : ______________________

b) daun   : ______________________

c) warna bunga : ___________________

d) bentuk buah : _____________________

3. Spesis mengkudu :    

(i) _________________________
(ii) _________________________

 4. Khasiat dan kegunaan mengkudu :

 (i)_________________________

 (ii)________________________


Kata Adjektif yang terdapat dalam petikan di atas.


*  liar        *  lurus     *   lebar     *   putih    *   hijau    
 *  bujur   *   kekuningan           *   matang   *  kecil    
  *  besar


Kata Adjektif  berperanan menerangkan sifat sesuatu kata nama atau frasa nama. Dalam ayat kata adjektif bertugas sebagai kata keterangan kepada kata nama atau frasa nama.


Jenis kata adjektif berdasarkan kata adjektif di atas.


Kata Adjektif Warna   -   putih , hijau, kekuningan

Kata Adjektif Bentuk  -        bujur,  lurus

Kata Adjektif  Keadaan/Sifat  -  matang 

Kata  Adjektif Ukuran   -  lebar , kecil , besar














Tuesday 4 December 2012

Video Ke Taman Herba

Monday 3 December 2012

Sunday 2 December 2012


                    Mari mengenal Bunyi Binatang




Jenis binatang

Bunyi
Anak ayam
mencicit
Anak burung
Berciak-ciak
Anjing
menyalak
Ayam betina
berketok
Ayam jantan
berkokok
Beruang
menderam
Burung
berkicau
Cengkerik  , merak
mengilai
Gagak
menggauk
Gajah
meraung
Harimau  ,  singa
mengaum
Ikan
mendengus
Itik
mengakak
Kambing
mengembek
Katak
berdengkang
Keldai
meringkik
Kera
mengerih
Kerbau
mengauk
Kucing
mengiau
Kuda
berdengkus
Kumbang , lebah  , tebuan
berdengung
Lembu
melenguh
Monyet
mengerih
Puyuh
berdenyut
Tekukur
berkukur
Tikus
berdecit
Ular
berdesis
Nyamuk  ,  lalat
berdengung
Angsa
berdengang








           
Keajaiban Alam by Salasiah Mohd Taib (D20112054598) . Theme images by konradlew. Powered by Blogger.

© 2011 * : : * Keajaiban Alam Semesta * : : *, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena