Wednesday 12 December 2012

Rahsia Daun Sirih



SIRIH


Tahukah anda kegunaan daun sirih ? Sirih banyak kegunaannya……….Mari kita mengenali sirih
                                
Ada beberapa jenis sirih yang dikenal di dalam masyarakat. Misalnya, sirih jawa (daun lebih lembut, kurang tajam, hijau rumput), sirih belanda (daun besar, hijau tuam rasa dan bau tajam dan pedas), sirih cengkeh (kecil, daun kuning, rasa seperti cengkeh), sirih kuning, dan sirih hitam. Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae.
Sirih sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Di antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati. Pokok sirih adalah sejenis pepohon yang menjalar dan memanjat pada batang pokok sekelilingnya atau kayu junjung. Bentuk daunnya agak bujur [bujur sirih]. Daun-daun sirih yang subur berukuran antara 8sm. – 12sm. lebar dan 10sm. – 15sm. panjang. Sireh sesuai hidup dengan ditanam di atas tanah gembur yang tidak terlalu lembab. Ianya juga sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang. Zat aktif yang terkandung pada sirih boleh merangsang saraf pusat, merangsang daya fikir dan meredakan sifat mendengkur. Daun sirih dapat mencegah kekejangan, , pereda kejang pada otot dan pelindung hati. Sirih juga diketahui boleh mengatasi batuk, , menghilangkan bau badan, mengubati luka bakar, bisul, mata gatal dan merah, dan gatal-gatal, menghentikan pendarahan gusi, , menghilangkan bau mulut dan jerawat.                            



Jenis-jenis Ayat

1.      Ayat Penyata
·       Ayat yang mengandungi pernyataan tentang sesuatu, yang diucapkan dengan tujuan untuk memberitahu tentang sesuatu perkara.
Contoh ayat : Daun sirih banyak kegunaannya.


2.      Ayat Perintah
·       Ayat yang mengandungi sesuatu arahan, yang 
    diujarkan dengan tujuan untuk menggerakkan
    seseorang untuk bertindak atau melakukan sesuatu.

Contoh ayat  : Tolong belikan daun sirih di kedai Linggam.

3.     Ayat Tanya
·       Ayat yang mendukung maksud pertanyaan iaitu ayat yang menghendaki pendengar memberi jawapan.

Contoh ayat  :  Apakah khasiat daun sirih ?


4.     Ayat Seru
·       Ayat yang mengandungi pernyataan atau pelahiran sesuatu perasaan seperti marah, sakit , sedih dan sebagainya.
         
Contoh ayat :  Wah, luasnya ladang sirih ayah kamu !



Bina ayat dengan kata kerja yang diberikan bagi menunjukkan
 cara-cara daun sirih diproses untuk merawat pendarahan hidung.

Kakak memetik beberapa helai daun sirih .

 






Kemudian, kakak melayur daun sirih itu di atas api lilin.

 





Selepas itu, kakak menggulung daun sirih tersebut.
 





Kakak memasukkan daun sirih yang telah digulung itu ke dalam lubang hidung abang.


 














Bina ayat dengan kata kerja yang diberikan bagi menunjukkan
 cara-cara daun sirih diproses untuk merawat penyakit batuk.


Ibu memetik beberapa helai daun sirih untuk dibuat jus sirih
 














Selepas itu, ibu mengisar daun sirih sehingga halus.
 












Kemudian, ibu menapis dan menuang jus sirih ke dalam teko.
 








Ayah minum jus sirih untuk merawat penyakit batuk.
 

1 comments:

Unknown said...

Selamat berkenalan. Sudilah kiranya mengunjungi blog saya akhlakislamiyah.blogspot.com dan beri komen yang membina agar dapat saya menambah baik blog saya.
Maklumat yang dipaparkan dalam blog ini banyak memberi manfaat terutama kepada guru dan pelajar. Tahniah! Semoga dapat mempertingkatkan lagi mutu blog cikgu. Terima kasih.

Post a Comment

Keajaiban Alam by Salasiah Mohd Taib (D20112054598) . Theme images by konradlew. Powered by Blogger.

© 2011 * : : * Keajaiban Alam Semesta * : : *, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena