SIRIH
Tahukah anda kegunaan daun sirih ? Sirih banyak
kegunaannya……….Mari kita mengenali sirih
Ada beberapa jenis sirih yang dikenal di dalam
masyarakat. Misalnya, sirih jawa (daun lebih lembut, kurang tajam, hijau
rumput), sirih belanda (daun besar, hijau tuam rasa dan bau tajam dan pedas),
sirih cengkeh (kecil, daun kuning, rasa seperti cengkeh), sirih kuning, dan
sirih hitam. Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam
keluarga Piperaceae.
Sirih sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat.
Di antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena,
seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati. Pokok sirih adalah sejenis pepohon yang menjalar dan memanjat pada
batang pokok sekelilingnya atau kayu junjung. Bentuk daunnya agak bujur [bujur
sirih]. Daun-daun sirih yang subur berukuran antara 8sm. – 12sm. lebar dan
10sm. – 15sm. panjang. Sireh sesuai hidup dengan ditanam di atas tanah gembur
yang tidak terlalu lembab. Ianya juga sejenis tumbuhan yang terdapat di
Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia
Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat
jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang. Zat
aktif yang terkandung pada sirih boleh merangsang saraf pusat, merangsang daya fikir
dan meredakan sifat mendengkur. Daun sirih dapat mencegah kekejangan, , pereda
kejang pada otot dan pelindung hati. Sirih
juga diketahui boleh mengatasi batuk, , menghilangkan bau badan, mengubati luka
bakar, bisul, mata gatal dan merah, dan gatal-gatal, menghentikan pendarahan
gusi, , menghilangkan bau mulut dan jerawat.
Jenis-jenis Ayat
1. Ayat Penyata
· Ayat yang
mengandungi pernyataan tentang sesuatu, yang diucapkan dengan tujuan untuk
memberitahu tentang sesuatu perkara.
Contoh
ayat : Daun sirih banyak kegunaannya.
2. Ayat Perintah
· Ayat yang
mengandungi sesuatu arahan, yang
diujarkan dengan tujuan untuk menggerakkan
seseorang untuk bertindak atau melakukan sesuatu.
Contoh
ayat : Tolong belikan daun sirih di
kedai Linggam.
3. Ayat Tanya
· Ayat yang
mendukung maksud pertanyaan iaitu ayat yang menghendaki pendengar memberi
jawapan.
Contoh
ayat :
Apakah khasiat daun sirih ?
4. Ayat Seru
· Ayat yang
mengandungi pernyataan atau pelahiran sesuatu perasaan seperti marah, sakit ,
sedih dan sebagainya.
Contoh ayat :
Wah, luasnya ladang sirih ayah kamu !
Bina ayat dengan kata kerja yang diberikan bagi menunjukkan
cara-cara daun sirih diproses untuk merawat pendarahan hidung.
|
|
|
|
Bina ayat dengan kata kerja yang diberikan bagi menunjukkan
cara-cara daun sirih diproses untuk merawat penyakit batuk.
|
|
|
|
1 comments:
Selamat berkenalan. Sudilah kiranya mengunjungi blog saya akhlakislamiyah.blogspot.com dan beri komen yang membina agar dapat saya menambah baik blog saya.
Maklumat yang dipaparkan dalam blog ini banyak memberi manfaat terutama kepada guru dan pelajar. Tahniah! Semoga dapat mempertingkatkan lagi mutu blog cikgu. Terima kasih.
Post a Comment