Keajaiban
Alam
Mengkudu
Nama botani: citrifolia Linn.
Nama lain: Noni,
Indian mulberry, Painkiller (Inggeris), Pace, Cangkudu (Indonesia),
Yo ban (Thai), Nhau (Vietnameses)
Famili: Rubiaceae
Pengenalan
Mengkudu ialah tanaman bersifat saka berasal
dari Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Tumbuh secara liar
berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang mendapat perhatian semasa
itu. Kebanyakannya terdapat di kawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan perparitan
dan sungai. Tanaman ini mempunyai batang pokok yang lurus, berdaun lebar, bunga
berwarna putih, buah berbentuk bujur dan bertukar dari hijau ke putih
kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang
menyenangkan.
Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang
10 m. Dua spesies tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda
citrifolia (mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda
elliptica(mengkudu kecil atau mengkudu hutan). Terdapat variasi yang
ketara dari segi saiz dan bentuk buah.
Khasiat dan Kegunaan
Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah
digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama di
kalangan masyarakat Melayu. ‘Penemuan semula’ dan minat masyarakat umum terhadap
tanaman ‘ajaib’ ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan
saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia
dari Universiti Hawaii.
Satu bancian yang dijalankan di Amerika
Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat
dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing
manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman
dan buah pinggang.
Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk
kumpulan makanan seperti makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan
perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik,
penjagaan/kesihatan diri dan biopestisid.
Lengkapkan maklumat berikut.
![]() |
1.Nama saintifik : _____________________
2.Ciri-ciri fizikal mengkudu :
a) pokok : ______________________
b) daun : ______________________
c) warna bunga : ___________________
d) bentuk buah : _____________________
3. Spesis mengkudu :
(i) _________________________
(ii) _________________________
4. Khasiat dan kegunaan mengkudu :
(i)_________________________
(ii)________________________
Kata Adjektif yang terdapat dalam petikan di atas.
* liar * lurus * lebar * putih * hijau
* bujur * kekuningan * matang * kecil
* besar
Kata Adjektif berperanan menerangkan sifat sesuatu kata nama atau frasa nama. Dalam ayat kata adjektif bertugas sebagai kata keterangan kepada kata nama atau frasa nama.
Jenis kata adjektif berdasarkan kata adjektif di atas.
Kata Adjektif Warna - putih , hijau, kekuningan
Kata Adjektif Bentuk - bujur, lurus
Kata Adjektif Keadaan/Sifat - matang
Kata Adjektif Ukuran - lebar , kecil , besar
2 comments:
salam
Assalamualaikum
pada sesiapa yang ada kencing manis yang bacaan gula 10 atau belas2 atau 20 ke atas atau bacaan gula yang terlalu tinggi sampai mata menjadi rabun atau kaki luka
dah tak tahu macam mana nak normal kan gula balik walau dah makan macam2 jenis herba atau dah cuba buat macam2 jenis petua tetapi gula masih lagi tinggi
jomm kita turun kan gula dengan cara yang selamat dan berkesan
teh herba yang di hasilkan dari pokok2 herba yang menurunkan gula dengan cepat
saya gunakan pokok2 herba yang terbaik dengan rasa tawar tetapi sangat mujarab turunkan gula dan tidak berangin atau sakit urat bila di minum
kita rawat cara selamat tanpa bahan kimia yang berbahaya dalam masa yang sama menjaga buah pinggang dan hati
jika kaki luka berair kita kering kan luka biar kaki sampai sembuh semula
jangan lambat nanti kaki tu dah kena potong lagi susah nak bergerak dan
jika kaki sakit saraf berpunca dari kencing manis pun kita rawat kan balik sampai elok semula Insya Allah
harga seratus lebih ja untuk sebulan jangan tunggu lama2 kita rawat cepat2 kan untuk elak kan dari penyakit menjadi semakin teruk
call atau whasap sy Mohd Zuhairi Bin Noordin
017 468 7570
Post a Comment