Keajaiban
Alam
Buruj
Buruj
ialah corak yang terhasil daripada kedudukan bintang-bintang di langit. Ahli
kaji bintang purba menggambarkan bentuk-bentuk haiwan, manusia dan benda-benda
lain apabila melihat buruj di langit. Mereka menamakan buruj tersebut
berdasarkan coraknya. Misalnya, buruj yang berbentuk ikan disebut Pisces, buruj
yang berbentuk kala jengking disebut Scorpio dan buruj yang berbentuk singa
pula dikenali sebagai Leo.
Kebolehan
kita melihat buruj bergantung pada kedudukan kita di bumi. Kedudukan yang
paling sesuai ialah dekat dengan garisan khatulistiwa. Apabila seseorang berada
berhampiran dengan garisan khatulistiwa, hampir semua buruj dapat dilihat.Pada zaman
dahulu manusia menggunakan buruj
bagi menentukan arah apabila keluar mengembara.
Keajaiban Alam
Komet
Komet merujuk kepada gumpalan batu, ais, dan tanah yang bergerak
mengelilingi matahari di angkasa. Kadang-kala, komet ini ditarik oleh graviti dan
jatuh ke Bumi, Bulan,
atau planet-planet yang lain. Komet
memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk elips, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet. Namun
disebabkan oleh asalnya komet dari luar sistem suria, dan kecenderungannya
tertarik kepada planet besar, orbit komet sentiasa berubah. Sesetengah akan
terlalu hampir dengan matahari lalu terbakar musnah, manakala yang lain
terkeluar dari sistem suria buat selama-lamanya. Apa yang pasti, komet yang
cerah akan menarik perhatian ramai.
Ciri fizik
Komet dipercayai berasal dari sejenis awan yang
jauh dipanggil awan Oort. Ketika
komet menghampiri bahagian dalam Sistem suria, radiasi
dari matahari menyebabkan lapisan luar ais mengewap. Arus debu dan gas yang
dihasilkan membentuk suatu atmosfera yang besar tetapi sangat tipis di
sekeliling komet, disebut 'koma'. Akibat tekanan radiasi dan angin suria pada
koma ini, terbentuklah ekor raksasa yang menjauhi matahari. Debu dan gas komet
akan membentuk dua ekor yang berbeza, di mana ekor debu agak mengikut arah
pergerakannya manakala ekor gas (ion) sentiasa menjauhi matahari. Ini
disebabkan oleh angin suria lebih mempengaruhi ion gas daripada debu.
Saiz diameter nukleus (bahagian pejal di tengah)
komet biasanya kurang dari 50 km. Namun saiz koma yang mengelilingi nukleus
boleh mencapai 250,000 km lebar. Ekor komet pula boleh mencapai lebih
150,000,000 km (1 AU) panjang.
Koma dan ekor komet membalikkan cahaya matahari dan
boleh dilihat dari bumi jika komet itu cukup dekat. Ekor komet berbeza-beza
bentuk dan saiznya. Lebih dekat komet tersebut dengan matahari, lebih
panjanglah ekornya. Ada juga komet yang tidak berekor.
Ciri orbit
Komet bergerak mengelilingi matahari berkali-kali,
tetapi peredarannya memakan masa yang lama. Komet dikelaskan mengikut tempoh
masaorbitnya. Tempoh
masa pendek adalah kurang dari 200 tahun manakala tempoh masa panjang adalah
melebihinya. Secara umumnya bentuk orbit komet adalah elips.
Komet terkenal
Ahli falak telah menyenaraikan beribu-ribu buah
komet, antara yang terkenal ialah:
§ Komet Halley, muncul 76 tahun sekali
§ Komet Hale-Bopp, dijangkakan kembali sekitar 4380
§ Komet Encke, muncul 3 tahun sekali
§ Komet West, tempoh orbit sekitar 254,000 tahun
Keajaiban Alam
Lintah
Lintah dikenali
sebagai haiwan inverterbrata iaitu haiwan tidak bertulang dan tidak berkaki. Ia
boleh ditemui dengan pelbagai saiz iaitu 5mm hingga 450mm apabila memanjang.
Badan lintah adalah leper dan mempunyai dua penghisap di kedua-dua hujung
badannya. Saiz penghisap hadapan lebih kecil dari penghisap belakang.Penghisap
hadapan (interior Sucker) berfungsi sebagai alat pengesan cahaya, haba,
pergerakan dan lain-lain bagi tujuan permakanan/menghisap darah.
Manakala penghisap
belakang berfungsi menyokong struktur bawah badan semasa bergerak atau melekat
pada sesuatu permukaan serta membantu pergerakannya (seperti ulat beluncas).
Seekor lintah mempunyai kedua-dua jenis organ pembiakan iaitu jantan dan
betina. Walau pun begitu, ia tidak boleh membiak secara sendiri tetapi perlu
megawan dengan lintah lain untuk membiak.
Terdapat 650 spesis
lintah yang diketahui tetapi tidak semua sesuai digunakan dalam bidang
perubatan. Mengikut kajian, lintah yang biasa digunakan dalam perubatan
Malaysia dan selalu ditemui ialah Hirudinaria Manillensis.Lintah telah lama
diketahui keistimewaannya dalam bidang perubatan sejak berabad-abad yang lampau
sehingga kini. Khasiatnya terbukti dalam menggalakkan peredaran darah dan
menghalang pembekuan darah. Ia juga banyak digunakan dalam pembedahan mikro
(kecil) seperti dalam kes penyambungan anggota badan, menampal tisu kulit baru
pada kulit yang rosak seperti kulit terbakar dan lain-lain rawatan lagi. Di
Amazon, lintah menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai
hematin. Bahan ini menyerang fibrinogen dan mempunyai potensi sebagai antipembekuan
yang berkesan. Pada masa kini, kejuruteraan genetic digunakan untuk
menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.Sekarang ni pun,dah banyak
produk di pasaran tempatan terhasil dari lintah ni,antaranya Minyak lintah (
urut ),krim pencuci muka,krim membuang lemak,minyak rambut dan sebagainya.
Keajaiban Alam
Bunga Pakma
Bunga Pakma ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia
sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga
agak berat. Bunga pakma ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun.
Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam
kayu. Tumbuhan ini tidak mempunyai
langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu bunga pakma tidak menjalankan proses
fotosintesis.
Bunga Pakma adalah endemik, bermaknanya di dunia ni cuma ada di Thailand,
Malaysia, Indonesia,dan fillipina sahaja. Bunga Pakma yg paling besar
ialah R.arnoldii yg ada di sumatera dan jawa. yg paling kecil
ialah R.manillana yg ada di fillipina.Di Semenenjung Malaysia,
bunga pakma boleh didapati terutamanya dalam hutan bukit di Perak dan Pahang.
Bunga Pakma ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia
sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga
agak berat. Bunga pakma ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun.
Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam
kayu. Tumbuhan ini tidak mempunyai langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu
bunga pakma tidak menjalankan proses fotosintesis.
Khasiat dan kegunaan
Bunga pakma yang belum mekar dikumpul oleh orang melayu dan orang Asli
untuk kegunaan ubat tradisional. Kudup bunga ini boleh dikeringkan satu-satu
atau dipotong kecil-kecil sebelum ia dikeringkan. Air rebusan bunga pakma
diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin sepaya senang melahirkan anak dan
selepas bersalin untuk membersihkan dan menyempitkan rahim, kecutkan perut dan
awet muda. Bunga Pakma juga digunakan sebagai ubat perangsang , buasir, dan
untuk serikan muka wanita.