Monday 12 November 2012

Gerhana Matahari


                                                                                                                               Keajaiban Alam

Gerhana Matahari



Kejadian Gerhana Matahari adalah peristiwa yang berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulandengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer. Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 jenis gerhana matahari iaitu 
gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana cincin (analus). Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana cincin (analus) yang terjadi apabila bulan  menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai ‘corona’.

Hari siang tidak akan berubah menjadi malam, tetapi cahaya akan kabur seiring dengan gerakan bulan di hadapan matahari. Bertindak seperti suis pemalap cahaya, ia malap secara beransur-ansur dan kembali terang apabila bulanberansur pergi.Daripada mula hingga akhir, gerhana kelihatan kurang dua jam. Pemandangan yang dipanggil sebagai lingkaran api ketika kemuncak gerhana pula bertahan lebih kurang empat minit. Lingkaran itu juga hanya kelihatan pada pandangan manusia apabila posisi berada garis sejajar dengan gerhana.



A.   Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut.

1.    Bagaimanakah kejadian gerhana matahari boleh berlaku ?

A   Apabila kedudukan bumi berada di antara matahari dan bulan.
B  Apabila kedudukan bulan berada di antara bumi dan matahari.
C   Apabila kedudukan matahari berada di antara bumi dan bulan.

2.    Gerhana matahari akan berlaku pada waktu ……..
A   malam
B  siang
C  tengah hari

3.    Apakah yang dimaksudkan dengan gerhana matahari penuh ?

……………………………………………………………………….

4.    Nyatakan tiga jenis gerhana matahari.

(i)            ________________________
(ii)          ________________________
(iii)         ________________________


5.    Perkataan posisi dalam petikan membawa maksud….

A   arah         
B  kedudukan                                                                      
C  keadaan         



      



0 comments:

Post a Comment

Keajaiban Alam by Salasiah Mohd Taib (D20112054598) . Theme images by konradlew. Powered by Blogger.

© 2011 * : : * Keajaiban Alam Semesta * : : *, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena