Tuesday, 13 November 2012

Keajaiban Alam - Alam semesta,Flora dan Fauna


Keajaiban Alam

Buruj

          Buruj ialah corak yang terhasil daripada kedudukan bintang-bintang di langit. Ahli kaji bintang purba menggambarkan bentuk-bentuk haiwan, manusia dan benda-benda lain apabila melihat buruj di langit. Mereka menamakan buruj tersebut berdasarkan coraknya. Misalnya, buruj yang berbentuk ikan disebut Pisces, buruj yang berbentuk kala jengking disebut Scorpio dan buruj yang berbentuk singa pula dikenali sebagai Leo.
         
          Kebolehan kita melihat buruj bergantung pada kedudukan kita di bumi. Kedudukan yang paling sesuai ialah dekat dengan garisan khatulistiwa. Apabila seseorang berada berhampiran dengan garisan khatulistiwa, hampir semua buruj dapat dilihat.Pada zaman dahulu manusia menggunakan buruj bagi menentukan arah apabila keluar mengembara.






Keajaiban Alam

Komet

Komet merujuk kepada gumpalan batu, ais, dan tanah yang bergerak mengelilingi matahari di angkasa. Kadang-kala, komet ini ditarik oleh graviti dan jatuh ke Bumi, Bulan, atau planet-planet yang lain. Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk elips, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet. Namun disebabkan oleh asalnya komet dari luar sistem suria, dan kecenderungannya tertarik kepada planet besar, orbit komet sentiasa berubah. Sesetengah akan terlalu hampir dengan matahari lalu terbakar musnah, manakala yang lain terkeluar dari sistem suria buat selama-lamanya. Apa yang pasti, komet yang cerah akan menarik perhatian ramai.

Ciri fizik
Komet dipercayai berasal dari sejenis awan yang jauh dipanggil awan Oort. Ketika komet menghampiri bahagian dalam Sistem suria, radiasi dari matahari menyebabkan lapisan luar ais mengewap. Arus debu dan gas yang dihasilkan membentuk suatu atmosfera yang besar tetapi sangat tipis di sekeliling komet, disebut 'koma'. Akibat tekanan radiasi dan angin suria pada koma ini, terbentuklah ekor raksasa yang menjauhi matahari. Debu dan gas komet akan membentuk dua ekor yang berbeza, di mana ekor debu agak mengikut arah pergerakannya manakala ekor gas (ion) sentiasa menjauhi matahari. Ini disebabkan oleh angin suria lebih mempengaruhi ion gas daripada debu.
Saiz diameter nukleus (bahagian pejal di tengah) komet biasanya kurang dari 50 km. Namun saiz koma yang mengelilingi nukleus boleh mencapai 250,000 km lebar. Ekor komet pula boleh mencapai lebih 150,000,000 km (1 AU) panjang.
Koma dan ekor komet membalikkan cahaya matahari dan boleh dilihat dari bumi jika komet itu cukup dekat. Ekor komet berbeza-beza bentuk dan saiznya. Lebih dekat komet tersebut dengan matahari, lebih panjanglah ekornya. Ada juga komet yang tidak berekor.

Ciri orbit
Komet bergerak mengelilingi matahari berkali-kali, tetapi peredarannya memakan masa yang lama. Komet dikelaskan mengikut tempoh masaorbitnya. Tempoh masa pendek adalah kurang dari 200 tahun manakala tempoh masa panjang adalah melebihinya. Secara umumnya bentuk orbit komet adalah elips.

Komet terkenal
Ahli falak telah menyenaraikan beribu-ribu buah komet, antara yang terkenal ialah:
§  Komet Halley, muncul 76 tahun sekali
§  Komet Hale-Bopp, dijangkakan kembali sekitar 4380
§  Komet Encke, muncul 3 tahun sekali
§  Komet West, tempoh orbit sekitar 254,000 tahun








Keajaiban Alam

Lintah

Lintah dikenali sebagai haiwan inverterbrata iaitu haiwan tidak bertulang dan tidak berkaki. Ia boleh ditemui dengan pelbagai saiz iaitu 5mm hingga 450mm apabila memanjang. Badan lintah adalah leper dan mempunyai dua penghisap di kedua-dua hujung badannya. Saiz penghisap hadapan lebih kecil dari penghisap belakang.Penghisap hadapan (interior Sucker) berfungsi sebagai alat pengesan cahaya, haba, pergerakan dan lain-lain bagi tujuan permakanan/menghisap darah.


Manakala penghisap belakang berfungsi menyokong struktur bawah badan semasa bergerak atau melekat pada sesuatu permukaan serta membantu pergerakannya (seperti ulat beluncas). Seekor lintah mempunyai kedua-dua jenis organ pembiakan iaitu jantan dan betina. Walau pun begitu, ia tidak boleh membiak secara sendiri tetapi perlu megawan dengan lintah lain untuk membiak.

Terdapat 650 spesis lintah yang diketahui tetapi tidak semua sesuai digunakan dalam bidang perubatan. Mengikut kajian, lintah yang biasa digunakan dalam perubatan Malaysia dan selalu ditemui ialah Hirudinaria Manillensis.Lintah telah lama diketahui keistimewaannya dalam bidang perubatan sejak berabad-abad yang lampau sehingga kini. Khasiatnya terbukti dalam menggalakkan peredaran darah dan menghalang pembekuan darah. Ia juga banyak digunakan dalam pembedahan mikro (kecil) seperti dalam kes penyambungan anggota badan, menampal tisu kulit baru pada kulit yang rosak seperti kulit terbakar dan lain-lain rawatan lagi. Di Amazon, lintah menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai hematin. Bahan ini menyerang fibrinogen dan mempunyai potensi sebagai antipembekuan yang berkesan. Pada masa kini, kejuruteraan genetic digunakan untuk menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.Sekarang ni pun,dah banyak produk di pasaran tempatan terhasil dari lintah ni,antaranya Minyak lintah ( urut ),krim pencuci muka,krim membuang lemak,minyak rambut dan sebagainya.




Keajaiban Alam
Bunga Pakma

Bunga Pakma ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Bunga pakma ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun. Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam kayu. Tumbuhan ini tidak mempunyai langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu bunga pakma tidak menjalankan proses fotosintesis.
Bunga Pakma adalah endemik, bermaknanya di dunia ni cuma ada di Thailand, Malaysia, Indonesia,dan fillipina sahaja. Bunga Pakma yg paling besar ialah R.arnoldii yg ada di sumatera dan jawa. yg paling kecil ialah R.manillana yg ada di fillipina.Di Semenenjung Malaysia, bunga pakma boleh didapati terutamanya dalam hutan bukit di Perak dan Pahang.                                                                                                                                                     
Bunga Pakma ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Bunga pakma ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun. Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam kayu. Tumbuhan ini tidak mempunyai langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu bunga pakma tidak menjalankan proses fotosintesis.

Khasiat dan kegunaan
Bunga pakma yang belum mekar dikumpul oleh orang melayu dan orang Asli untuk kegunaan ubat tradisional. Kudup bunga ini boleh dikeringkan satu-satu atau dipotong kecil-kecil sebelum ia dikeringkan. Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin sepaya senang melahirkan anak dan selepas bersalin untuk membersihkan dan menyempitkan rahim, kecutkan perut dan awet muda. Bunga Pakma juga digunakan sebagai ubat perangsang , buasir, dan untuk serikan muka wanita.








1 comments:

Anonymous said...

Menarik dan dapat menambah pengetahuan...

Post a Comment

Keajaiban Alam by Salasiah Mohd Taib (D20112054598) . Theme images by konradlew. Powered by Blogger.

© 2011 * : : * Keajaiban Alam Semesta * : : *, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena